Sistem tempahan bilik untuk agensi kerajaan dan institusi
Pegawai menempah bilik mesyuarat, bilik gerakan, dewan seminar dan bilik latihan dalam satu jadual, dengan kelulusan ketua bahagian bila perlu. Langganan dibayar melalui sebut harga dan pesanan tempatan (LO), dengan invois dan resit rasmi.
- Bayar melalui sebut harga, LO atau invois
- Bahasa Melayu dan English
- Tiada akaun untuk penempah
- Kosong
- Ditempah
- Menunggu
- Pilihan anda
- 0pertindihan
- Setiap tempahan disemak di pelayan sebelum disimpan.
- 0akaun untuk penempah
- PIN organisasi atau pautan awam sahaja.
- BM · ENdua bahasa
- Setiap skrin, emel dan laporan.
- RM20sebulan
- Pelan permulaan. Bayar dalam talian, atau melalui sebut harga, LO dan invois.
Google Sheet tidak tahu bilik itu sudah diambil.
Kebanyakan organisasi bermula dengan hamparan, borang dan kalendar. Semuanya menerima tempahan; tiada satu pun yang menolak pertindihan.
Dua orang, satu slot
Hamparan yang dikongsi membenarkan dua orang menulis bilik dan masa yang sama. Pertindihan hanya ditemui di depan pintu.
Borang yang tidak menyemak
Google Form menerima setiap jawapan. Pentadbir membaca satu-satu untuk mencari sama ada masa itu sudah diambil.
Kalendar yang tidak semua orang nampak
Kalendar perlukan akaun dan perkongsian. Penempah tidak nampak slot kosong dari telefon, jadi mereka bertanya dalam kumpulan.
Satu jadual. Setiap pertindihan ditolak.
Sistem Tempahan menyemak setiap tempahan di pelayan sebelum ia disimpan. Slot yang sudah diambil tidak boleh diambil lagi, walaupun dua orang menekan serentak.
Akses PIN atau pautan awam
Tiada akaun untuk penempah. Kod QR di setiap pintu terus ke ruang itu.
Ketuk slot kosong untuk menempah
- Bilik Mesyuarat Utama3 slot kosong
- Bilik Gerakan4 slot kosong
- Dewan Seminar1 slot kosong
- Bilik Latihan ICT3 slot kosong
Bilik Mesyuarat Utama
Notifikasi Telegram
Tempahan baharu, pembatalan, ringkasan harian dan peringatan ke kumpulan anda.
Sistem Tempahan
🆕 Tempahan baharu — menunggu kelulusan
T26-00042 · Dewan Seminar
17/10/2026 12:00–14:00
Hari Bertemu Pelanggan · Puan Siti Rahmah binti Omar
baru sahaja
Laporan dan eksport
Kadar penggunaan sebenar, taburan dan empat fail Excel, sedia untuk mesyuarat.
- Dewan Seminar75%
- Bilik Mesyuarat Utama50%
- Bilik Latihan ICT42%
- Bilik Gerakan33%
Kadar penggunaan
Perkataan anda sendiri
Namakan ruang, pengguna dan kumpulan mengikut organisasi anda, dalam Bahasa Melayu dan English.
Jenis organisasi
Perkataan pada skrin
- Bilik
- Guru
- Tempahan
- Pengetua
Juga termasuk
- Grid masa sebenarSemua ruang sebaris untuk satu hari. Slot kosong jelas, dan pertindihan disemak di pelayan, bukan di skrin.
- Data anda selamatSetiap organisasi diasingkan dan diuji automatik. Pelayan di Malaysia. Data yang dipadam kekal 30 hari dalam tong sampah.
Satu sistem untuk setiap jenis organisasi
Contoh jadual, istilah dan cara kerja disesuaikan ikut organisasi anda. Pilih yang paling hampir.
Sekolah
- Makmal sains
- Bilik komputer
- Pusat sumber
- Bilik mesyuarat
- Dewan
Universiti & kolej
- Dewan kuliah
- Bilik seminar
- Makmal
- Bilik tutorial
- Gelanggang
Agensi & institusi
- Bilik mesyuarat
- Bilik gerakan
- Dewan seminar
- Bilik latihan
- Bilik VC
Korporat
- Bilik mesyuarat
- Bilik perbincangan
- Bilik latihan
- Auditorium
- Bilik temu duga
Bagaimana ia berfungsi
- 1
Daftar dan tambah ruang
Cipta akaun dalam dua minit, tambah ruang dan waktu operasi. Data contoh tersedia untuk mencuba terus.
- 2
Kongsi pautan atau kod QR
Penempah membuka pautan anda atau mengimbas QR di pintu. Tiada aplikasi, tiada akaun untuk dicipta.
- 3
Urus dan lapor
Luluskan, batalkan, terima notifikasi dan muat turun laporan penggunaan bila-bila masa.
Skrin sebenar
Tangkapan skrin dari sistem yang sedang berjalan.

Ikut cara institusi membayar
Ikut proses perolehan biasa anda, atau bayar dalam talian melalui FPX dan kad.
Sebut harga
Kami keluarkan sebut harga PDF untuk kelulusan dalaman anda.
Pesanan tempatan (LO)
Hantar LO kepada kami. Akaun anda kekal aktif dalam tempoh tangguh sementara bayaran diproses.
Invois dan resit
Invois dan resit rasmi untuk rekod akaun anda, boleh dimuat turun dari Tetapan.
Harga
Harga dalam Ringgit Malaysia, untuk satu organisasi.
Asas
RM20sebulan
- Fasiliti: hingga 10
- Pentadbir: hingga 2
- Tempahan berulang mingguan
- Tempahan Saya untuk Ahli
- Laporan + eksport Excel
- Istilah sendiri
- Bahasa Melayu & English
Pro
RM30sebulan
- Fasiliti tanpa had
- Pentadbir: hingga 5
- Tempahan berulang mingguan
- Tempahan Saya untuk Ahli
- Laporan + eksport Excel
- Istilah sendiri
- Bahasa Melayu & English
- Kelulusan Tempahan
- Medan Tempahan sendiri
- Notifikasi Telegram
Institusi
RM300setahun
- Fasiliti tanpa had
- Pentadbir tanpa had
- Tempahan berulang mingguan
- Tempahan Saya untuk Ahli
- Laporan + eksport Excel
- Istilah sendiri
- Bahasa Melayu & English
- Kelulusan Tempahan
- Medan Tempahan sendiri
- Notifikasi Telegram
- Bayar melalui invois / LO
- Sokongan keutamaan
Berapa lama percubaan percuma?
30 hari dengan semua ciri, tanpa kad. Pilih pakej sebelum tamat; baki percubaan tidak hangus.
Bagaimana cara membayar?
FPX atau kad dalam talian, atau melalui sebut harga, pesanan tempatan (LO) dan invois untuk institusi.
Adakah data kami selamat?
Pelayan di Malaysia, data setiap organisasi diasingkan, dan anda boleh mengeksport atau meminta pemadaman semua data bila-bila masa (PDPA).
Bolehkah kami guna domain sendiri?
Ya. Mohon dari Tetapan selepas mendaftar; kami bantu langkah DNS dan sambungan selamat.
Perlukah penempah membuat akaun?
Tidak. Akses melalui PIN atau pautan awam; pentadbir sahaja yang log masuk.
Boleh berhenti bila-bila masa?
Ya. Hentikan pembaharuan sendiri dan eksport data anda. Tiada kontrak terikat.
Minta demo atau hubungi kami
Tinggalkan butiran anda dan kami akan menghubungi anda dalam satu hari bekerja.
Lihat bagaimana jadual organisasi anda akan kelihatan.
Kami sediakan demo dengan ruang dan waktu operasi anda sendiri.