Polisi Privasi Sistem Tempahan
Polisi ini menerangkan bagaimana Sasa Teguh memproses data peribadi dalam Sistem Tempahan, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan pindaannya.
1. Peranan kami
- Bagi data pentadbir dan pemilik akaun (nama, emel, log masuk), kami ialah pengguna data (data user).
- Bagi data yang organisasi anda masukkan tentang penempah (nama, nombor staf/pelajar, telefon, kumpulan, tempahan), organisasi anda yang menentukan tujuannya dan kami memprosesnya bagi pihak organisasi anda sahaja.
2. Data yang dikumpul
- Akaun: nama, emel, kata laluan (disimpan sebagai hash, tidak boleh dibaca), bahasa pilihan, masa log masuk terakhir.
- Pembayar: nama, emel, telefon, alamat, nombor TIN/pendaftaran (untuk invois).
- Tempahan: maklumat yang dikehendaki oleh borang tempahan organisasi.
- Permintaan demo / hubungi dari laman utama: nama, organisasi, emel, telefon dan mesej yang anda isi — dipakai untuk menghubungi anda sahaja, dan dipadam bila tidak lagi diperlukan.
- Teknikal: alamat IP dan log keselamatan (cubaan log masuk, log audit tindakan pentadbir).
3. Tujuan
Menyediakan perkhidmatan tempahan, menghantar emel transaksi (pengesahan, invois, resit, amaran langganan), mencegah penyalahgunaan, menyokong pelanggan dan memenuhi kewajipan undang-undang (rekod kewangan).
4. Pendedahan
Kami tidak menjual data peribadi. Data hanya didedahkan kepada pembekal yang diperlukan untuk perkhidmatan: penyedia pelayan, penyedia emel, gerbang pembayaran (untuk memproses bayaran) dan, jika organisasi anda menghidupkannya, Telegram (notifikasi). Pembekal ini terikat untuk melindungi data.
5. Lokasi dan keselamatan
Data disimpan di pelayan di Malaysia. Sambungan disulitkan (HTTPS), kata laluan dan PIN disimpan sebagai hash, dan data setiap organisasi diasingkan. Jika berlaku pelanggaran data yang menjejaskan anda, kami akan memaklumkan anda dan pihak berkuasa seperti yang dikehendaki undang-undang.
6. Tempoh simpanan
Data disimpan selagi akaun aktif. Selepas akaun ditutup, data dipadam selepas tempoh bertenang yang dipaparkan di Tetapan → Data. Rekod kewangan disimpan selama tempoh yang dikehendaki undang-undang cukai.
7. Hak anda
Anda berhak mengakses, membetulkan dan meminta pemadaman data peribadi anda, serta menarik balik persetujuan. Pentadbir organisasi boleh mengeksport semua data dari Tetapan → Data. Penempah boleh menghubungi organisasi yang mereka tempah terlebih dahulu; permintaan kepada kami dijawab dalam tempoh yang ditetapkan undang-undang.
8. Kuki dan statistik laman
Kami menggunakan kuki yang perlu sahaja (sesi log masuk, bahasa dan perlindungan keselamatan). Tiada kuki pengiklanan.
Laman utama produk dan halaman log masuk/pendaftaran memakai Umami, alat statistik yang kami hos sendiri, untuk mengira lawatan, halaman yang dibuka dan sumber kunjungan (contohnya kempen iklan). Ia tidak memakai kuki, tidak menyimpan alamat IP anda, menghormati tetapan "Do Not Track" pelayar, dan datanya tidak dikongsi dengan platform pengiklanan. Laman tempahan organisasi dan skrin pentadbir tidak dijejak.
9. Hubungi kami
Pertanyaan atau permintaan berkaitan data peribadi: Sasa Teguh